Kerjaya Acong Sweetchild

Acong ialah pengasas bersama dan vokalis kumpulan rock, Sweet Child sewaktu penubuhannya pada 1995. Sweet Child telah menikmati kejayaan dalam industri muzik dengan menerbitkan sebanyak 3 album studio yang semuanya mendapat sambutan yang menggalakkan di pasaran.[2]

Beliau juga berkecimpung dalam bidang lakonan, dengan membintangi beberapa siri drama TV termasuk Gerak Khas dan Jangan Ikut Aku serta filem termasuk Lelaki Harapan Dunia. Acong juga pernah menubuhkan syarikat Big Star Act Production bersama Cico Harahap dan Joey Daud.[3]

Gegar Vaganza 2015

Acong merupakan salah seorang peserta Gegar Vaganza musim kedua yang turut disertai oleh Ezad Lazim, Farahdhiya dan Siti Nordiana. Beliau dinobatkan sebagai pemenang tempat kelima sekaligus memenangi wang tunai sebanyak RM50,000. Berikut ialah senarai persembahan beliau:

Persembahan dan keputusan Gegar Vaganza (musim 2)
KonsertTemaLagu tugasanPenyanyi asalKedudukanKeputusan
Minggu 1Kembali Menyengat"Tinggal Sayang Tinggallah Pujaan"SweetchildKe-6SELAMAT
Minggu 2Aku dan Lagu"Dalam Gerimis"VisaKe-7SELAMAT
Minggu 3Ada Bran?"Pilihlah Aku"Latif IbrahimKe-9SELAMAT
Minggu 4Duet"Baldu Biru" (duet bersama Misha Omar)Ella & AwiePertamaSELAMAT
Minggu 5Hits Vaganza"Memburu Rindu"HattanKe-3SELAMAT
Minggu 6Kenangan Terindah"Benci Tapi Rindu"Diana NasutionKe-2SELAMAT
Minggu 7Rockdut (Rock + Dangdut)"Hilang Naluri"Once MekelKe-5SELAMAT
Minggu 8Karok Tarik"Biasan"To'kiKe-2SELAMAT
Minggu 9AkhirTugasan Pertama: "Seruan"
Tugasan Kedua (Battle vs Siti Nordiana): "#AwakKatMane"
Lefthanded
Taufik Batisah
Pertama
Ke-3
TEMPAT KELIMA

Rujukan

WikiPedia: Acong Sweetchild http://www.gempak.com/artikel/1436/acong-akui-swee... http://www.imdb.com/name/nm6562887/ http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2007... http://web.archive.org/web/20070111055204/http://w... http://web.archive.org/web/20170724121819/http://w... https://www.discogs.com/artist/6655982-Acong-Sweet... https://gempak.com/berita-terkini/belum-rezeki-tak... https://ohbulan.com/acong-kini-bergelar-suami-sele... https://www.hmetro.com.my/rap/2018/01/304269/rezek... https://www.beritaharian.sg/gah/hiburan/acong-panc...